TIPS TARIK MINAT ANAK-ANAK BELAJAR MENGIRA


TIPS TARIK MINAT ANAK-ANAK BELAJAR MENGIRA

Nak tarik minat anak-anak belajar terutamanya mengira bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapa perlu gunakan teknik yang betul untuk buatkan mereka seronok belajar. 

Beberapa tips di bawah boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk tarik minat anak-anak belajar mengira seawal usia 3 tahun.

1. Latih anak-anak kenal nombor 1-10 melalui perbuatan-perbuatan harian seperti kira langkah kaki, kira jumlah mainan dan sebagainya.
2. Ajar anak-anak proses pengiraan asas seperti tambah dan tolak menggunakan apa yang mereka suka seperti gula-gula.
3. Gunakan alat bantuan mengajar berbentuk fizikal seperti flash card nombor, rod kayu dan sebagainya.
4. Belikan anak-anak buku aktiviti yang berkaitan dengan nombor.
5. Belajar nombor menggunakan muzik atau pun lagu.

Terdapat banyak lagi cara menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah. Apa pun pastikan anak-anak belajar dengan seronok bukan kerana rasa terpaksa. Selamat mencuba!

Kredit : facebook WasaPower