MANFAAT MENGGUNTING UNTUK ANAK-ANAK


Apakah manfaat menggunting untuk anak-anak?

1. Melatih kemahiran motor halus anak. Ketika anak mengenal dan akhirnya menggunakan gunting untuk memotong kertas, maka otot-otot tangan dan jari-jari tangan nya akan bergerak dan semakin kuat. 
Berikan anak peluang untuk menyentuh, memegang hinggalah menggunakannya.

2. Meningkatkan rasa yakin dan percaya pada diri. Ketika mana anak berhasil untuk menggunting kertas, Ia akan menumbuhkan rasa kepercayaan terhadap diri mereka
Walaupun hasilnya tidak berapa cantik, berikan mereka pujian sebagai tanda penghargaan.

3. Mengenal pelbagai bentuk dan warna. Semasa anak sedang menggunting kertas warna, kenalkan anak pada warna tersebut.
Secara tidak langsung anak juga belajar pelbagai bentuk dan juga warna.

4. Belajar menggunakan kekuatan yang ada pada tangan. Ketika anak memotong kertas dengan gunting, mereka akan belajar bagaimana untuk menggunakan gunting pada tekanan yang betul.
5. Melatih kesabaran dan fokus anak semasa aktiviti menggunting dilaksanakan. Sebenarnya, hampir semua aktiviti melatih kesabaran dan fokus anak.
Sama juga ketika anak sedang menggunting, anak harus fokus, sabar ketika memotong kertas dan perlahan (berhati-hati).

#DearHannani #BukuLatihanMenggunting