1- Kenali sifat huruf untuk memudahkan kita mengenali samada huruf itu boleh disambungkan dengan huruf-huruf lain yang berada di sebelum dan selepasnya.
2- Sifat huruf terbahagi kepada 3:
a) sombong : dinamakan huruf sombong kerana huruf ini tidak boleh disambungkan dengan huruf sebelum dan selepasnya.
b) pentingkan diri : dinamakan huruf pentingkan diri kerana huruf-huruf ini hanya boleh bersambung dengan huruf lain yang hanya berada di sebelumnya sahaja,tetapi tidak boleh bersambung dengan huruf yang berada di selepasnya.
c) mesra : dinamakan huruf mesra kerana huruf-huruf ini boleh bersambung dengan huruf lain yang berada pada sebelum dan selepasnya.
Sekian,terima kasih...:-)



