5 cara untuk cepat tidur di waktu malam


Adakah anda selalu rasa tak cukup segar apabila bangun dari tidur pada waktu pagi? Jika ya, ia mungkin bermaksud anda tidak mendapat tidur yang berkualiti atau anda tidak tidur dengan betul.

Secara amnya, jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur iaitu antara 7- 8 jam. Oleh itu, penting untuk pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi iaitu dengan tidur awal. 

 5 cara untuk cepat tidur di waktu malam

1. Elak pengambilan kopi dan rokok sebelum tidur 
2. Matikan gajet dan barang elektronik lain 
3. Tidur dalam ruang yang gelap 
4. Rehatkan minda dan bernafas dalam-dalam 
5. Pastikan keadaan sekeliling dalam keadaan selesa

Dengan tidur yang mencukupi, sudah pasti anda akan menjadi lebih gembira dan produktif pada hari berikutnya. Selamat mencuba!

Kredit : facebook WasaPower