AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MERANGSANG KEMAHIRAN MOTOR HALUS ANAK-ANAK


AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MERANGSANG KEMAHIRAN MOTOR HALUS ANAK-ANAK.

Seperti yang dikongsikan semalam, “Fine Motor Skills” ataupun Kemahiran Motor Halus memang sangat penting dalam pembesaran anak-anak. 

Sebagai contoh dengan Kemahiran Motor Halus ni anak-anak dapat melakukan aktiviti membutang baju, mengikat tali kasut, memegang sudu dan pelbagai lagi aktiviti lain dengan sendiri.

7 aktiviti di bawah yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk meningkatkan Kemahiran Motor Halus adalah:

1. Memasang butang baju.
2. Bermain pasir.
3. Menyusun objek menikut bentuk.
4. Melukis dan mewarnakan gambar.
5. Main tanah liat.
6. Melakar mengikut garisan (Tracing).
7. Menggunakan penyepit.

Jom ibu bapa ajak anak-anak untuk buat aktiviti ini bersama. Beri mereka permainan fizikal seperti ini untuk mengurangkan penggunaan gadget di rumah.

Kredit : facebook WasaPower