Dengan bermacam masalah di tempat kerja atau sewaktu menguruskan rumah, perangai anak-anak yang kadang kala menguji kesabaran membuatkan ibu bapa tidak terlepas dari ada perasaan marah.
Apabila anak melakukan kesalahan, ibu bapa seharusnya mendisiplinkan mereka dengan cara tenang serta terkawal dan bukan dengan kemarahan. Berikut merupakan alternatif sebelum anda 'meledak' di hadapan anak-anak.
1. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan tenangkan diri. Ingat bahawa mereka adalah kanak-kanak.
2. Duduk dan fikirkan apa yang menyebabkan anda marah.
3. Katup mulut rapat-rapat dan alihkan dengan mengira nombor atau berzikir.
4. Pejam mata dan bayangkan anda yang mendengar apa yang akan diucapkan.
Tahukah anda, menunjukkan cara disiplin dengan kemarahan hanya akan menggalakkan kelakuan yang tidak baik untuk anak-anak. Jadi elak marah sebelum parah. Sayangi anak-anak anda!
Kredit : Facebook WasaPower