Malas merupakan antara sifat yang ada dalam diri setiap manusia. Tidak salah apabila kadang-kadang ada perasaan malas nak buat sesuatu. Namun sebagai ibu bapa, jangan biarkan kemalasan terus berpanjangan, kerana ia akan memberi kesan jangka masa panjang yang tidak baik untuk anak-anak.
Dalam mendidik, ibu bapa elakkan dari meletakkan harapan yang anak-anak akan mengikut seperti apa yang dimahukan sedangkan diri sendiri ada sifat malas. Antara musuh dalam mendidik adalah :
1. Berharap yang anak akan rapat dengan ibu bapa sedangkan setiap kali berhadapan atau bermain dengan anak-anak, MALAS matikan handphone.
2. Setiap kali salah laku yang dibuat oleh anak-anak, ibu bapa hanya tahu meletakkan kesalahan dan memberi “ceramah” sedangkan MALAS mendengar isi hati anak-anak.
3. Mahu anak menjadi seorang yang taat agama dan menjadikan seorang yang mempunyai akhlak mulia, sedangkan ibu bapa sendiri MALAS untuk memberi contoh terbaik buat anak-anak.
4. Sentiasa ingin anak patuh dan percayakan ibu bapa, sedangkan MALAS untuk mendengar anak menangis apabila ditegah.
Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Jika mahu yang terbaik buat anak-anak, ianya perlu bermula dari ibu bapa. Jom buang sifat MALAS!
Semoga bermanfaat!
Kredit : Facebook Wasapower