CADANGAN AKTIVITI UNTUK KEMAHIRAN PRA MENULIS SI CILIK


CADANGAN AKTIVITI UNTUK KEMAHIRAN PRA MENULIS SI CILIK.

Menulis adalah merupakan antara kemahiran yang penting untuk si cilik. Tanpa kemahiran yang bagus, mereka akan menghadapi masalah untuk membuat kerja sekolah dan memberi tumpuan dalam pembelajaran. 

Si cilik perlu menguasai beberapa kemahiran memegang dan mengawal pensel sebelum boleh menulis. Antara cadangan aktiviti untuk kemahiran pra menulis si cilik adalah: 

1. Melukis menggunakan jari
2. Membutang baju
3. Belajar buka dan tutup botol
4. Memotong kertas 
5. Bermain tanah liat/ plastisin

Ingat, jangan paksa si cilik untuk menulis. Sebaliknya latih mereka untuk kuasai kawalan pensel yang betul supaya aktiviti menulis menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Kredit : fb WasaPower